ASSALAMU'ALAIKUM


ASSALAMU'ALAIKUM

Tuesday 27 December 2011

Bukti Cinta

       Masa kita mula-mula kenal, memang indah. Saya ada awak, awak ada saya. Kita sama-sama kongsi suka dan duka. Indahnya time ni. Tak terbayang pada fikiran saya yang saya akan lalui hari-hari saya dengan awak. Satu hari, awak kata kat saya:

 "kalau bukan kerana awak,saya tak kan beli hp baru ni. saya beli sebab awak nak contact saya..."

       Masa tu, Allah sahaja yang tahu disebalik rasa bangga disayangi dan dihargai oleh awak. Dan masa tu jugaklah saya terfikir...kerana saya... kerana saya awak ada hp, kerana saya awak buat apa yang awak tak nak. Kerana saya... saya puncanya... masa tu saya sedar, saya dah banyak buat silap. Saya biarkan awak dibuai dalam dunia fantasi saya. Saya dedahkan awak pada dosa.
       Sedangkan setiap hari saya beritahu awak yang saya sayangkan awak. Bila saya fikir-fikir apa bukti cinta saya pada awak ye? Adakah dengan cara saya telefon awak hari-hari, mesej awak hari-hari? itu ke bukti cinta saya? Tak... Bukan... Itu bukan bukti cinta saya... saya ambil masa yang lama untuk berfikir tentang hal ni... Maafkan saya awak... sampai hampir 4 tahun saya fikirkan cara untuk buktikan cinta saya pada awak.
       Saya ajak awak kahwin. Kali ni yang betul-betul tau! Saya tak main-main dah... Saya dah pun fikir baik dan buruknya. Mungkin kita akan bankrup satu hari nanti, mungkin kita akan hadapi ujian yang lebih banyak. Kali ni saya betul-betul nak ambil risiko kahwin awal demi untuk buktikan cinta saya pada awak. Dalam ketaksediaan awak, awak tolak rancangan saya. Macam-macam alasan awak beri bagi mengukuhkan keengganan awak. Tapi, saya tahu 1 je dari banyak-banyak alasan tu bukannya awak maksudkan pun.. Awak cuma belum sedia. Awak masih muda dan banyak lagi benda yang awak nak lakukan. Hmmm...saya faham awak... sikit pun tak marah awak tolak cadangan tu... Apa yang buat saya marah, awak langsung tak faham kenapa saya buat keputusan camtu. Dan saya marah jugak sebab awak tak bagi apa-apa jalan penyelesaian lain. Hmm... saya pun teruskan berfikir dan berfikir...
       Akhirnya awak, saya jumpa 1 je jalan terakhir bagi membuktikan yang saya benar-benar cintakan awak... iaitu PUTUS... Saya rasa, hanya dengan cara ni je saya dapat buktikan perasaan-perasaan saya pada awak, pada dunia, pada agama. Dalam hati saya, saya cakap:

"Hanya Allah yang menentukan segalanya... Apa yang saya nak buat ni, kalau baik untuk awak dan baik untuk saya ia akan terjadi, kalau buruk kesannya pula, ia tidak kan pernah terjadi... Insya'Allah, kalau ada JODOH kita, Allah akan bantu kita untuk bertemu semula..."

       Satu-persatu saya rancangkan demi membuktikan cinta saya pada awak. Pada satu hari, dengan suasana yang baik, point yang baik, PERPISAHAN kita pun terjadi... Masa tu, memanglah sedih awak. Siapa yang tak sedih? Saya kenal awak hampir 5 tahun. Akrabnya awak dengan saya, Allah sahaja yang tahu. Sebab kan kita dah berkawan dari sekolah lagi... Hmmm...Hari ini, saya bersyukur sangat-sangat. sebab saya dah pun buktikan cinta saya pada awak... ALHAMDULILLAH...


Cinta ini bukan tersandar atas nafsu semata-mata. Cinta yang sebegini, ku berikan demi kebahagiaan kita yang abadi nanti... -sufiahnaqiah-